Latar Belakang

Mengenai Kami

Pusat Penilaian APEL di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah pusat khusus yang dilantik oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam melaksanakan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL). Pusat APEL UMK ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada individu yang ingin mendapatkan pengiktirafan formal bagi kemahiran, pengetahuan, dan pengalaman mereka, tanpa mengira bagaimana atau di mana ia diperoleh.

About Us

Visi


Memperkasa Individu,
Memajukan Komuniti,

Melalui Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu dan Laluan Fleksibel.
 

Misi


Menjadi Pusat Penilaian APEL yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan, mengiktiraf pengalaman pembelajaran terdahulu

Objektif


  • Meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kepada pihak umum da memperluaskan pembelajaran dan pengajaran kepada komuniti.
  • Menjadi satu laluan pembelajaran sepanjang hayat kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian terutamaya di Negeri Kelantan.
  • Melahirkan inovasi dalam pembelajaran melalui elemen keusahawanan akademik kepada bakal pelajar.
  • Menjana pendapatan universiti melalui pendaftaran calon yang menduduki penilaian APEL dalam masa yang sama mempromosikan calon untuk menyambung pelajaran di UMKCEE.
  • Meningkatkan perkhidmatan universiti sebagai sebuah universiti keusahawanan yang menitikberatkan ilmu pembelajaran kepada semua peringkat.